Thursday, February 26, 2009

Hadist - Hadist Akhir Zaman

PENGENALAN

Rasulullah saw meninggalkan Quran dan sunnah baginda kepada umat, Islam, sesungguhnya Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-quran dan sunnah. Sesungguhnya Al-Quran adalah mukjizat baginda yang kekal sehingga sekarang, dimana Al-Quran dan sunnah baginda menerangkan hal-hal yang akan datang dan lain-lain ILMU.

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

KETERANGAN:

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasih yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Demikianlah yang dijelaskan oleh para alim-ulama dan bergitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain.

Hadis ini sengaja diletakan diawal buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. walaupun hal kerosakan moral umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurnianya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah. Amiin.



BANGSA ARAB SUDAH HAMPIR BINASA

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab bt Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata: (Pada suatu hari) Rasulullah saw , masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cermas sambil bersabda, La ilaha illallah , celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada Hari ini telah terbuka dai dinding ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan baginda menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelhnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (zainab b Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh? Lalu Nabi saw bersabda'' Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak. - HR Bukhari Muslim

KETERANGAN:

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila disuatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana nabi saw sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tiba hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.



UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGAKH-LANGKAH YAHUDI DAN NASARANI

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. sahabat bertanya, Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan nasarani yang kau maksudkan? Nabi menjawab, Siapa lagi kalau bukan mereka.

KETERANGAN:

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dann perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw ini. ramai orang islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. ramai orang islam yang telah teperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan Ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.



PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Daripada Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit-penyakit umat-umat dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit-penyakit itu ialah: 1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim. - H.R Hakim

KETERANGAN:

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin dihari ini. Disana sini melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasud dan sebaginya.



ISLAM KEMBALI DAGANG

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), Dan ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah orang-orang yang asing - H.R. Muslim

KETERANGAN

Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. kemudian Islam kembai asing dan di rasa ganjil pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susuah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembhyang tidak dianggap sebgai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman........Ia akan terasing dan tersisih dari mayarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.



BAHAYA KEMEWAHAAN

Daripada Ali b Abi Thalib ra, bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair dan tiada di atas badannya kecuali hanya seheli selendang yang bertampung dengan kulit. Takala Rasulullah saw melihat kepadanya baginda menangis dan menintiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di mekah dahulu ( kerana sangat dimanjakan oleh Ibnunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di madinah sebagi seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian nabi Muhammad saw bersabda, Bagaimana keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu ka'bah? Maka jawab sahabat, Wahai rasulullah, tentunya diwaktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki. lalu Nabi saw bersabda. Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu. - H.R. Tirmizi

KETERANGAN

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi-petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita jua mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw mengatakan, " Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila di banding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadat. Kita sibuk menghimpunkan harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk m untuk menambahkan lebih banyak harta lagi. tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw. "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukan ke dalam tanah (menemui kematian)."

Begitulah gamabaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi disaat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal dan haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencai mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.



UMAT ISLAM MEMUSAHNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah ra bahasanya Rasulullah saw, bersabda, Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi dis ebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! kecuali pohon Gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya). - H.R. Bukhari Muslim

KETERANGAN:

Hadis ini memberi harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walau pun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat islam. umat Islam akam membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada dipermukaan bumi ini dan Umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.



SIFAT AMANAH AKAN HILAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah b Al-Yaman ra katanya: Rasulullah saw pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku) , Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw, memberitahu bahawasanya amat itu turun kedalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-quran dan mengetahuinya melalui panduan al-quran dan mengetahuinya melalui panduan as -sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu belaiu bersabda, "Seseorang itu tidur, lalu belaiu bersaba, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. kemudian ia tertidur pula, lalu diambilnya amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh ditangan (mengelembung ditangan dari bekas berkerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara apai yang kau gilingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Di ketika Rasululah saw menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kikir) lalu mengilingkanya dengan kakinya.

Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai bejual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan ( dikampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan ramaiorang mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam berkeja alangkah indahnya perkerjaaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya pun tidak memeprdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermuba'ah (berjualbeli). Jikalau ia seorang islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mnegembalkannya kepada ku (maksud jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan/ pemeerintahlah yang dapat membantu akau untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya), Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah bejual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". - HR Bukhari Muslim.

KETERANGAN:

hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dari kalangan kaum Muslim, se hinggalah sapai satu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun khianat pula.

egitulah masayarkat kita hari ini. ramai daripada kita terperdaya oleh seseorang yang pada zahirnya nampak boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.



ORANG YANG BAIK BEKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Ertinya:- Daripada Aisyah ra berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan ( ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas ) dana akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik". - HR Thabrani.

KETERANGAN:-

Di antara tanda-tanda qiamat ialah:-

1) Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2) Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3) Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk mendapat kemudahan yang sewajarnya.

4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5) Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.



DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJAI PENGHUNI NERAKA

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda; Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul oran. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagikan bonggol unta yang senget. Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripada nya. - HR Muslim.

KETERANGAN:

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari reliti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secari kain saja, maka samalah dengan bertelanjang. Aatau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan benatuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti Goh unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



ZAMAN DIMANA ORANG TIDAK MEMPERDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun yang haram.

KETERANGAN

Dizaman sekrang ini merupakan zaman adalah bernilai dengan nialai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak munkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.



HARTA RIBA WUJUD DIMERATA TEMPAT

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasullulah saw berkata: Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debu nya. - HR Ibnu Majah.

KETERANGAN:

Hadis sabda Rasulullah saw ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.



ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Daripada Abu malik Al-Asyari ra bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamkannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt akan merobahkan mereka menjadi kera dan babi. - HR Ibnu Majah.



SEDIKIT LAKI-LAKI DAN BANYAK PEREMPUAN

Daripada Anas ra berkata; Akan aku ceritakan kepada kamu sebuh hadis yang tiak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Dimana tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan limpuluh orang perempuan. - HR Bukhari Muslim.

KETERANGAN:

Nabi saw menerangkan bahawa diantara tanda hampir nya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak belaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.



HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINA NYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT.

Daripada Umar bin al- Khattab ra (dalam sebuah hadis yang panjang)............ Kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat? lalu Nabi saw menjawab, Orang yang bertanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya, maka Jibrail lalu berkata, Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya, maka Nabi saw menjawab, Bhaasanya hamba akan melahirkan tuannya dan engaku melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. - HR Muslim.



AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ.

Daripada Anas ra berkata: Bersabda Rasulullah saw, selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq. - HR Ibnu Ady.

KETERANGAN

Nabi saw menerangkan di akhirzaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat munkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima disisi Allah swt.. Syaitan tidak mahu orang jahil itu mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan Si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruh malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga si Alim itu meninggalkan kefarduannya. maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfedah, bahkan akan menjai musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan.



ORANG YANG BERPENGANG DENAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw bersabda; Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. - HR Tirmizi

KETERANGAN:

Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, necaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah sebab suasana disekeliling tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamnya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yag meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kafasiqan. Ini juga bermaksud orang islam tersebut tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamna di samping tidak mendapat kemudahan.



PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Daripada Abu hurairah ra bahawasanya Rasululah saw bersabda: Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al_Harj itu hai Rasululah?. Nabi menjawab peperangan demi peperangan demi peperangan. - HR Ibnu Majah.

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik ra berkata: Rasulullah saw bersabda; Tidak akan menjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka seahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api. - HR Tirmizi

MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Daripada Ibnu Omar ra berkata: Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah di baa oleh bani Sulaim dari tempat tambang (galian) meeka. Maka sahabat berkata: Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita. Lalu Nabi saw menjawab, nanti kamu akan dapati banyak galian-galian dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat. - HR Baihaqi.

TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw: Tidak akan terjadi qiamat sehingga Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan di aliri sungai-sungai. - HR Muslim.

UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Daripada Abu Huraiah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (Ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. - HR Muslim.

KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURU HARA

Daripada Ma'qil bin Yasar ra berkata: Rasulullah bersabda: Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalh seperti berhijarh kepada ku. - HR Muslim.

PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaiatu sebuah sungai yang ada di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merbutkan nya. Maka tebunuh sembilanpuluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. dan masing-masing yang terlibat berkata, mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi airnya lalu ternampak perbendahraan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.

KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJAMMAH

Daripada salamah bt al-Hur. ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Lagi akan datang suatu masa orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak mendapatkan orang yang boleh mengimani mereka sembahyang.

ULAMA TIDAK DIPERDULIKAN

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu(sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. hati mereka seperti hati orang Ajam )pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab pada Fasihnya).

ISLAM NAMA SAHAJA

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu keculai hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (nanungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fintnah itu akan kembali.- HR al- Baihaqi.

HURAIAN: Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yag menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

AL-QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Daripada Huzaifah b al-Yaman ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Islam akan luntur(lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembhyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk(ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermuakaan bumi daripadanya walaupun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat La ilaha illal lah, lalu kami pun mengatakannya juga. Maka berkata Shila(perawi hadis daripada Huzaifah), Apa yang dapat dibuat oleh La illallah(apa gunya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembhyang, puasa, nusuk, dan sedekah? Maka Huzaifah memalingkan muka daripada nya (Shilah yang bertanya). kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, kalimat itu dapat menyelmatkan mereka daripada api nereka. ( Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).- HR Ibnu Majah.

KETERANGAN:

Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu masa nanti:

1. Ilmu tentang Islam akan diangkat.

2. Al-Quran juga akan diangkat daripada permukaan Bumi ini.

3.Orang ramai hanya mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.

4. Begitu pula mereka hanya sekadar mampu mengucap kalimat Lailaha illallah, tetapi mereka tidak memahami apa tuntututan kalimat suci itu terhadap mereka.

Walaupun bagaimana pun Allah swt dengan belas kasihanya masih menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga.

LIMABELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali b Abi Talib ra Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan dirinya aripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadikan ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum dimerata tempat.

12. kain sutera bayak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. para arti-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akshir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama(Sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobahkan menjadi makhluk lain.



LIMA MAKSIAT DAN LIMA BALASANYA

Daripada Ibnu Omar ra berkata: Berhadapan Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian belaiu bersabda: Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan denganya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat mereka dikalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada bintangan (yang juga hidup di taas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, Maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri. -HR Ibnu Majah.



BILAKAH AKAN TERJADI KEKACAUAN?

Daripada Abu hurairah ra berkata: Pada suatu masa ketika Nabi saw sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang Arabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw, Bila kah terjadi hari qiamat? Maka nabi saw pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata. Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi itu tidak disukainya. Sementara yang lain pula berkata, bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu. Sehingga apabila Nabi saw, selesai dari percakapannya beliau bersabda, Dimana orang yang bertanya tentang qiamat tadi? lalu Arab Badwi itu menyahut, Ya! Saya hai Rasulullah. Maka Nabi saw bersabda Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggu. lalu hari qiamat. Arab Badwi itu bertanya pula. Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu? Nabi saw menjawab, Apabila urusan diserah kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat. - HR Bukhari.



BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik ra bahawsanya Rasulullah saw bersabda: Tidak berlaku hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) Masjid - HR Abu Daud



MENGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw, bersabda: Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjaul agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, Apakah kamu tertipu dengan kelembutan ku, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada ku? Demi kebesaran ku, Aku bersumpah akan menurnkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu) - HR Tirmizi.



GOLONGAN YAN SELAMAT

Daripada Auf bin Malik berkata: rasulullah saw bersabda; Umat Yahudi telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka . Umat Nasarani telah berpecahbelah menjadi tujuhpuluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan haya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk nereka. Sahabat bertanya, golongan mana yang selamat? Nabi saw menjawab, Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah) - HR Ibnu Majah



LAHIRNYA IMAM MAHADI

Daripada Abdullah bin Masud bekata: Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan nama ku. - HR Tirmizi.



SEPULUH TANDA-TANDA QIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra berkata: datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: Apa yang kamu perbincangkan? Kami menjawab: Kami sedang berbincang tentang hari qiamat. Lalu Nabi saw bersabda: Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian beliau menyebutkannya: Asap, dajjal, bintang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunya Isa bi maryam as, Yajuj dan Majuj, tiga kali gempa bumi, sekali ditimur, sekali di barat dan yang ketiga di semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepadang Mahsyar mereka. - HR Muslim.

No comments:

Post a Comment